KINSHASA 6 Okt. – Sebanyak 50 orang terbunuh manakala 100 lagi mengalami lecur teruk selepas sebuah lori tangki minyak bertembung dengan kenderaan di Republik Demokratik Congo hari ini, menurut pegawai serantau. Timbalan Gabenor wilayah Kongo Tengah, Atou Matubuana Nkuluki berkata, pihak berkuasa telah melakukan apa yang terdaya membantu mangsa nahas di perkampungan Mbuta, kira-kira 130 kilometer dari ibu negara. “Kami meratapi kematian kira-kira 50 orang. Lebih 100 orang mengalami lecur…










