Mustapa hadir sidang DUN Kelantan - Utusan Malaysia

Mustapa hadir sidang DUN Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 31 Okt. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed menghadiri persidangan hari terakhir Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Kehadiran Mustapa yang kini menjadi wakil rakyat tunggal Pakatan Harapan (PH) dinantikan ramai pihak sejak persidangan tersebut bermula kelmarin.  

Difahamkan, Ahli Parlimen Jeli itu terpaksa membatalkan hasrat untuk menghadiri persidangan pada hari pertama kerana mempunyai masalah kesihatan.  

Mustapa sebelum ini mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Minggu lalu, beliau mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sekali gus menjadi wakil rakyat tunggal PH di negeri ini, setakat ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN