KUALA LUMPUR 15 Okt. – Hanya menunggu masa. Itulah gambaran tepat berhubung keadaan dan struktur tanah di sebahagian tempat di Cameron Highlands, Pahang yang berisiko tinggi berlakunya kejadian tanah runtuh pada masa akan datang. Situasi bertambah runcing apabila tiba musim hujan dan tiada tindakan serta pemantauan secara berkala pihak berkuasa diambil bagi mengelak kejadian berkenaan berlaku. Pengarah Geokejuruteraan Tropika (Geotropik), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Edy Tonnizam Mohamad berkata,…










