KEMAMAN 7 Okt. – Setelah 32 tahun meninggalkan alam persekolahan, ketibaan bulan Muharam kali ini pastinya memberikan suatu lagi kenangan manis buat 40 orang bekas pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Air Putih (SMAP) di sini. Semalam mereka bertemu semula dalam program Reunion SMKAP 86, di Kampung Batu 14, Jalan Air Putih, untuk kembali mengimbas masa lalu dan mengukuhkan jalinan persahabatan yang dimeriahkan dengan gotong-royong memasak bubur asyura. Penganjur program, Saidi Ismail berkata,…










