Muhammad Shafee mohon Sulaiman kemukakan dokumen pelantikan sebagai DPP kendali kes Najib - Utusan Malaysia

Muhammad Shafee mohon Sulaiman kemukakan dokumen pelantikan sebagai DPP kendali kes Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Okt. – Peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengemukakan beberapa permohonan di Mahkamah Tinggi di sini antaranya, supaya peguam Datuk Sulaiman Abdullah mengemukakan dokumen pelantikan beliau secara ‘fiat’ sebagai Timbalan Pendakwa Raya (DPP) mengendalikan kes tersebut.

Muhammad Shafee dalam hujahnya berkata, Sulaiman sepatutnya mengemukakan dokumen pelantikannya secara ‘fiat’ seperti yang dilakukannya
ketika beliau (Muhammad Shafee) dilantik secara ‘fiat’ mewakili pendakwaan dalam kes  Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, Muhammad Shafee turut mempersoalkan tindakan pendakwaan yang tidak mengikut tatacara penyerahan dokumen yang lazimnya diamalkan dalam perbicaraan kes-kes jenayah mengikut peruntukkan Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Muhammad Shafee, pihaknya memohon supaya pendakwaan menyerahkan dokumen tersebut dalam keadaan teratur agar perjalanan perbicaraan kelak akan lebih lancar.

Beliau berkata, pihaknya bukan meminta layanan istimewa diberikan kepada pembelaan tetapi sekadar memohon dokumen-dokumen berkaitan dibekalkan bagi tujuan menyediakan pembelaan.

Sementara itu, Sulaiman pula  mengemukakan permohonan supaya perbicaraan kes Najib atas pertuduhan berkaitan menerima wang hasil daripada aktiviti haram, pecah amanah dan salah guna jawatan melibatkan dana RM42 juta berkenaan SRC International Sdn. Bhd., didengar di Istana Kehakiman Putrajaya.

Menurut Sulaiman, pihaknya telah menulis surat kepada Hakim Besar Malaya berhubung perkara tersebut atas faktor keselamatan selain mempermudahkan saksi-saksi yang terlibat dalam perbicaraan yang kebanyakannya berada di sekitar Putrajaya.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali berkata, perkara berbangkit itu boleh dibincangkan dan diselesaikan ketika pengurusan kes itu.

Mahkamah menetapkan 31 Oktober ini bagi pengurusan kes tersebut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini