KUALA LUMPUR 11 Okt. – Malaysian Relief Agency (MRA) akan membuka sebuah pusat rawatan kepada kanak-kanak dan wanita di Wilayah Tanduo, Palu Selatan, Sulawesi yang memfokuskan bantuan rawatan trauma (trauma healing) kepada golongan tersebut. Setiausaha Agung MRA, Dr. Shahrizal Azwan Samsudin berkata, pusat rawatan tersebut bakal dibuka di kawasan pemindahan sementara yang menempatkan puluhan khemah bersama 200 buah keluarga yang hilang penempatan akibat daripada gempa bumi bermagnitud 7.5 skala richter…










