MPSepang akan tutup lombong Taman Putra Perdana kepada orang awam - Utusan Malaysia

MPSepang akan tutup lombong Taman Putra Perdana kepada orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 5 Okt. – Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) akan segera bertindak menutup laluan masuk kepada orang ramai ke lombong Taman Putra Perdana, Puchong bagi mengelak daripada berlakunya lagi tragedi yang tidak diingini

Timbalan Yang Dipertua MPSepang, Muhammad Hafiz Shaari berkata, penutupan laluan tersebut akan dibuat selepas pihaknya selesai mengadakan perbincangan dengan semua agensi yang terlibat.

“Pihak MPSepang telah berbincang dengan agensi terlibat termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk diambil tindakan segera.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini kerana kolam tadahan air itu berada di bawah pengurusan JPS,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengarahkan lombong tersebut ditutup selepas sahaja operasi yang meragut enam nyawa anggota bomba dan seorang remaja, Mohd. Ilham Fahmi Mohd. Azam, 17, ditamatkan.

Dalam kejadian kelmarin, enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) iaitu Mohd. Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim,32; Mazlan Omarbaki, 25; Yahya Ali, 24; Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, lemas ketika operasi mencari dan menyelamat Mohd. Ilham Fahmi.

Mohd. Ilham Fahmi yang hilang di lombong tinggal itu petang kelmarin berjaya ditemukan kira-kira 800 meter dari tempat dia terjatuh, petang semalam.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini