MPM bantah pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama - Utusan Malaysia

MPM bantah pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Majlis Perundingan Melayu (MPM) hari ini mengeluarkan nota bantahan terhadap pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Wan Hamidi Hamid yang juga merupakan bekas Ketua Pengarang The Rocket iaitu media DAP.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Hasan Mad berkata, bantahan itu adalah kerana dua alasan iaitu yang pertama, beliau merupakan penggiat tegar dan aktif dalam sebuah parti politik yang bergabung dalam membentuk kerajaan Pakatan Harapan. 

“MPM tidak mempersoalkan keahliannya sebagai ahli seumur hidup parti berkenaan, tetapi membantah pelantikannya kerana beliau dianggap seorang ahli politik yang aktif dan berperanan penting dalam parti politiknya.

“Kedua, Bernama adalah agensi berita nasional. Justeru, sesiapa saja yang memegang jawatan eksekutif dalam agensi ini wajib bebas dari sebarang bentuk pembabitan aktif dalam institusi politik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN