Mohd. Saiful bantu keluarga gelandangan di Port Dickson - Utusan Malaysia

Mohd. Saiful bantu keluarga gelandangan di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Nasib enam sekeluarga yang tinggal dalam khemah di Pantai Saujana dekat sini disebabkan kesempitan hidup mendapat pembelaan apabila ketua keluarga itu, Akif Hatimi Abdul Halim, 31, bakal menerima lesen dan kiosk perniagaan daripada Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Nasib Akif Hatimi dan keluarganya seperti yang dilaporkan media semalam mendapat perhatian calon bebas Pilihan Raya Kecil ( PRK) Port Dickson, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang kemudian bertemu dengan Penolong Pegawai Kemasyarakatan MPPD pagi tadi.

Menurut Mohd. Saiful Bukhari, dia dimaklumkan lesen dan tapak perniagaan yang dimohon Akif Hatimi sebenarnya telah diluluskan MPPD kira-kira tiga bulan lalu, namun dia gagal dihubungi oleh pihak MPPD.

“Dalam pertemuan tadi, pihak MPPD memberitahu lesen Akif Hatimi telah tiga bulan diluluskan dan dia akan mendapat kiosk perniagaan di Bandar Senggala di sini.

“Kiosk jenis solar itu kini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada November depan. MPPD akan turut menyediakan peralatan perniagaan selain membantu serta memantau aktiviti perniagaan saudara Akif selama dua tahun,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Akif Hatimi dan isteri, Siti Rohaizah Abdullah, 28, serta empat anak mereka, Muhammad Alif Hizhan, 10; Nur Armany Rihanna, 8; Putri Diana Sofea, 3; dan Putra Adiq Hizhan, 11 bulan; terpaksa tidur dalam khemah di Pantai Saujana selama lima hari setelah terpaksa keluar rumah akibat tidak mampu membayar sewa berjumlah RM350 sebulan.

Akif Hatimi merupakan orang kurang upaya akibat kemalangan, manakala isterinya kini mengandung lima bulan.

Mendapat khabar berhubung kejadian yang menimpa keluarga berkenaan, Mohd. Saiful semalam mengambil inisiatif menyewa bilik di Hotel Merlin di sini selama tiga malam untuk keluarga berkenaan menginap. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN