Mohd. Azis tidak menyokong Akta Hasutan 1948 - Utusan Malaysia

Mohd. Azis tidak menyokong Akta Hasutan 1948

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman menegaskan beliau tidak pernah menyokong pelaksanaan Akta Hasutan 1948 dikenakan terhadap mana-mana individu.

Mohd. Azis berkata, beliau secara peribadi menentang akta tersebut kerana undang-undang itu antara alat kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memperkukuhkan agenda politik parti berkenaan.

“Saya tidak pernah menyatakan bahawa saya bersetuju dengan penggunaan Akta Hasutan digunakan terhadap mana-mana individu.

“Secara peribadi saya tidak bersetuju kerana akta tersebut hanya diguna pakai BN untuk kepentingan politik mereka. Itu jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Pra Pelancaran Karnival Keusahawanan dan Kerjaya Sabah 2018 di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd. Azis dihambat kontroversi selepas mengesahkan Akta Hasutan 1948 belum dimansuhkan kabinet setelah seorang suspek, Azman Noor Adam ditahan dan disiasat mengikut akta berkenaan kerana menghina Perdana Menteri menerusi laman sosial.

Beberapa individu termasuk peguam aktivis N. Surendran lantang mengkritik kenyataan Mohd. Azis yang dianggap sebagai menyokong pelaksanaan Akta Hasutan 1948.

Mengulas mengenai beberapa pihak yang menganggap beliau tidak layak meneruskan porfolio sebagai menteri, Mohd. Azis membiarkan keputusan itu ditentukan Perdana Menteri.

“Saya ambil kritikan dan semua pendapat secara positif,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN