KUALA TERENGGANU – Calon Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Terengganu, Mohd. Al-Faizal Amjed menyangkal telah tewas secara rasmi pada pemilihan yang diadakan di Dewan Seri Budi di sini hari ini. Beliau mendakwa Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail masih belum boleh diisytiharkan secara muktamad sebagai pemenang dalam pemilihan jawatan Ketua Cabang Kuala Terengganu kerana terdapat 125 undi ragu. “125 undi ragu itu terlalu tinggi dan saya percaya ia boleh…










