KUCHING 3 Okt. – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Mohamed Hanipa Maidin sebak menziarahi keluarga Allahyarham Abdul Kadir Bujang, 57, yang meninggal dunia ketika membawa empat kucing jalanan pada bulan lalu di Kampung Semariang Tanah Merah, Lorong Bentara 4B, Kuching. Menurutnya, ketika mengetahui kejadian tersebut beliau berasa simpati malah kagum dengan sikap mulia Allahyarham yang patut diteladani rakyat Malaysia. “Saya menziarahi keluarga Allahyarham hari ini bagi memberi sokongan…










