JOHOR BAHRU 13 Okt. – Misi kemanusiaan kerajaan negeri ini bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami di Palu, Indonesia dijangka berlepas minggu depan. Pengerusi Jawatankuasan Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahrudin Jamal berkata, surat kebenaran untuk melaksanakan misi itu telah dihantar ke kerajaan Indonesia dan pihaknya masih menunggu pengesahan. “Kita sedang mendapatkan kebenaran daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Kedutaan Indonesia. Kemungkinan kita akan berangkat ke…










