JOHOR BAHRU 14 Okt. – Delegasi misi kemanusiaan kerajaan negeri bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami di Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia dijangka berlepas minggu depan. Ketua delegasi, Dr. Sahrudin Jamal berkata, surat kebenaran untuk melaksanakan misi itu telah dihantar kepada kerajaan Indonesia dan pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak berkenaan. “Kami sedang mendapatkan kebenaran daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Kedutaan Indonesia. Kemungkinan kita akan berangkat ke sana…










