ALOR SETAR – Peniaga laksa kebok, Daud Ismail tidak menyangka mi laksanya menjadi punca kejadian keracunan makanan membabitkan 83 kes dengan dua kematian pada awal bulan ini seperti diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kelmarin. Daud, 51, berkata, proses penyediaan mi laksa dibuat dengan bersih dan ia merupakan amalannya sejak mengusahakan perniagaan itu di Kupang, Baling dekat sini kira-kira 15 tahun lalu. “Pegawai kesihatan datang ke rumah saya semalam (kelmarin) beritahu…










