Mesin pengimbas X-ray penumpang mulai tahun depan - Utusan Malaysia

Mesin pengimbas X-ray penumpang mulai tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Okt – Mesin pengimbas X-ray penumpang akan digunakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula awal tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu membolehkan penumpang tidak lagi perlu melalui pemeriksaan tubuh badan secara fizikal yang diguna pakai ketika ini.

Katanya, pihaknya juga akan memperkenalkan penggunaan mesin pengimbas X-ray secara berperingkat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, selepas ini, raba-raba tidak akan berlaku lagi mulai awal tahun depan. Memang mesin ini telah ditempah dan akan sampai di KLIA tidak lama lagi.

“Kita juga harap dapat melaksanakannya secara berperingkat supaya setiap penumpang yang menggunakan KLIA perlu melalui pemeriksaan secara mesin pengimbas X-ray tanpa pemeriksaan badan secara fizikal,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd. Yusof (Pas-Rantau Panjang) yang meminta Kementerian Pengangkutan menjelaskan bila mesin pengimbas X-ray penumpang akan dilaksanakan di lapangan terbang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini