i) kita tak pernah salah menyantun cinta kerana itu adalah resam rasa manusia berbagi rasa berkongsi kasih antaranya meniti titian cekal pada garis susunannya mengenal batas dan hukum di dalamnya, ii) kita bukan lagi bertopengkan dusta durjana kita bukan jua menari di batas nafsu semata sebenarmya kita menjunjung kejujuran rasa mahu meluah apa saja cerita mengenainya, iii) kita berjalan beriringan dalam senja merah menyala mengungkap cinta seluas peta jagat raya…










