Menteri PH wajar contohi Ahmad Maslan - Utusan Malaysia

Menteri PH wajar contohi Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Pemuda UMNO menyambut baik nasihat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan kepada para menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya jangan bergaduh dengan media.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang sependapat dengan Ahmad merasakan, seseorang menteri perlu berjiwa kental dan tidak boleh berhati tisu ketika berhadapan media.

Katanya, menteri-menteri terbabit wajar mencontohi sikap Ahli Parlimen Pontian itu yang tidak mudah melatah dengan media walaupun sering dijadikan bahan jenaka.

“Nasihat yang baik daripada kekanda saya Datuk Seri Ahmad Maslan. Kena kental jiwa berhadapan dengan media tidak kira arus perdana mahupun media alternatif.

“Tok Mat (Ahmad) sendiri sering menjadi bahan jenaka, tetapi tidak pernah sekalipun saya mendengar beliau melatah, menyalah mahupun menghentam para wartawan mahupun media,” katanya dalam status di Facebook beliau, hari ini.

Semalam, video temubual Utusan Online bersama Ahmad tular dan mendapat perhatian netizen selepas beliau menasihatkan menteri supaya jangan bergaduh dengan media. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN