TIDAK ada sesiapa pun yang sanggup kehilangan kerja, apatah lagi jika sesuatu pekerjaan itu adalah impiannya sejak kecil, sudah bertahun sebati dalam hidupnya bahkan segala tugas yang diamanahkan majikan telah dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Bagi kebanyakan kita, tiada kerja bererti tiada wang masuk ke dalam saku. Komitmen bulanan dan perbelanjaan wajib yang ditanggung pula perlu dilunaskan seperti biasa. Jika pekerjaan itu merupakan satu-satunya sumber rezeki untuk menyara diri…










