PORT DICKSON – Calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar yakin memperoleh sokongan majoriti pengundi Melayu dan anggota serta veteran tentera di daerah ini.
Beliau yang juga Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera berkata, keyakinan itu berdasarkan sambutan baik diterima beliau dan jentera Pas sewaktu berkempen di kawasan Melayu khususnya di kampung-kampung.
Menurutnya, beliau juga melihat sokongan baik diberikan oleh anggota dan veteran tentera di Port Dickson kepada Pas kerana sebahagian mereka telah mengenalinya sebelum ini.
“Sambutan pengundi sangat baik dalam kalangan masyarakat Melayu yang memberi respon positif kepada Pas. Mereka juga termasuk pemimpin dan ahli-ahli UMNO di daerah ini yang bukan sahaja menyokong, malah ada yang berkempen untuk saya.
“Semalam (kelmarin) saya dipelawa berceramah di rumah ahli UMNO di sebuah kampung di Linggi,” katanya kepada Kosmo! semalam.











