McGregor rebah di kaki Khabib - Utusan Malaysia

McGregor rebah di kaki Khabib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS – Pe­tinju profesional Rusia, Khabib Nurmagomedov memusnahkan impian jaguh sensasi, Conor McGregor untuk merampas mahkota kejua­raan ka­tegori lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) miliknya de­ngan meraih kemenangan dalam pertarungan semalam.

Keputusan tersebut melebarkan lagi rekod kemenangan atlet berusia 30 tahun tersebut kepada 27-0 dalam kerjaya profesional secara keseluruhan manakala 11-0 dalam pertarungan kategori UFC.

Bagaimanapun, kontroversi tercetus apabila Khabib bertindak menyerang rakan McGregor yang berada di luar gelanggang ekoran tidak tahan dengan provokasi yang melampau sehingga menyebabkan berlaku kekecohan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perbuatan tersebut mendapat kritikan panas daripada Ketua UFC, Dana White yang enggan memberikan Khabib tali pinggang kemenangannya kerana khuatir kekecohan yang berlaku bertambah teruk.

“Kalau saya sarungkan tali pinggang ini kepada Khabib, penonton akan mula membaling barangan ke dalam Oktagon (gelanggang). Ini adalah sukan yang memiliki penghormatan dan provokasi seperti itu tidak boleh diterima,” katanya.

Perbalahan di antara dua petinju tersebut dipercayai bersifat peribadi setelah McGregor menyerang bas yang dinaiki pasukan Khabib sehingga menyebabkan dua lagi petinju, Ray Borg dan Michael Chiesa terce­dera pada April lalu.

Insiden itu dikeruhkan dengan sikap McGregor yang sering melakukan provokasi berunsur Islamophobia terhadap pendirian tegas Khabib dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini