JOHOR BAHRU 17 Okt. – Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) berpendapat cadangan pembinaan Jambatan Bengkok yang tertangguh sebelum ini menggantikan Tambak Johor bukan satu keutamaan dan perlu disegerakan.
Justeru, Presiden MBNJ, Salleheen Mohamad meminta supaya perkara itu mengambil kira semua pandangan termasuk aspek undang-undang, kesejahteraan rakyat serta menjaga hubungan baik dengan Singapura.
“MBNJ berpendapat ketika kerajaan menghadapi kemelut hutang dan kewangan yang membebankan, sebarang perancangan masa depan mampu memberi manfaat dan pulangan yang terbaik kepada rakyat dan bangsa Johor.
“MBNJ mencadangkan agar kerajaan lebih fokus terhadap usaha pemulihan ekonomi dan membantu rakyat untuk mengurangkan kos sara hidup, di samping melaksanakan Rancangan Malaysia Ketigabelas (RMK-13) yang bagi memastikannya memberi manfaat jangka pendek, sederhana dan jangka panjang kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.
Beliau berkata, banyak lagi pembangunan jika dilaksanakan mengikut perancangan sebenar mampu memberi manfaat, peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi rakyat seperti pembinaan Hospital Pasir Gudang, Kereta api Berkelajuan Tinggi (HSR), laluan kereta api berkembar, pusat santuari gajah dan rejuvanasi Sungai Skudai dan Sungai Tebrau. – UTUSAN ONLINE










