KOTA BHARU 4 Okt. – Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga enam anggota bomba yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di sebuah lombong di Puchong, semalam. Beliau turut berkongsi rasa sedih dengan kejadian itu meminta ahli keluarga mangsa yang terlibat supaya bersabar. “Jasa dan pengorbanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam melaksanakan operasi menyelamat adalah sangat besar dan berisiko tinggi…










