MAYC terima penarafan lima bintang - Utusan Malaysia

MAYC terima penarafan lima bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) baru-baru ini telah menerima penarafan lima bintang daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Penarafan ini diberikan kepada pertubuhan belia peringkat kebangsaan yang berjaya memenuhi beberapa kriteria ditetapkan oleh pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).

Menurut Presiden MAYC Kebangsaan, Mohd. Syahbuddin Hashim,  penarafan lima bintang yang diterima ini membuktikan bahawasanya MAYC masih kekal cemerlang dalam aspek pentadbiran dan pengurusan organisasinya.

Seperti yang diketahui umum, MAYC adalah antara pertubuhan belia yang tertua di negara ini dan pada ketika ini mempunyai keanggotaan hampir 40,000 orang di seluruh negara.

Setiausaha Agung MAYC, Wan Khatijah Shavouroza Mior Idris menambah; “Walaupun tidak mudah untuk mendokumentasikan Maklumat Yang Kena Hantar (MYKD), MAYC tidak pernah mengambil mudah urusan saban tahun. Syukur ke hadrat Ilahi, KBS telah memilih MAYC sebagai salah satu pertubuhan belia peringkat kebangsaan untuk menerima penarafan lima bintang tahun ini.” 

Tidak hanya MAYC Peringkat Kebangsaan, malah terdapat juga beberapa MAYC Peringkat Negeri yang telah diberikan penarafan bintang oleh pihak KBS.

Perkara ini ternyata membangkitkan semangat ahli-ahli MAYC untuk terus berkhidmat kepada golongan belia dan anak muda di luar sana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN