KOTA KINABALU – Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan reput di sebuah kawasan belukar di Kampung Tamalang Silau, Inanam di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa dipercayai berusia lingkungan 20-an ditemui masih lengkap berpakaian di lokasi terbabit. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, tiada dokumen pengenalan diri ditemui berdekatan mayat mangsa. “Mayat disahkan seorang wanita yang lengkap berpakaian baju-T hitam, seluar tertera perkataan SMK Kamabong dan jaket warna biru yang menutup mukanya. “Keadaan mayat sukar dikenalpasti kerana telah reput. Tempat kejadian pula…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya