Mayat bayi reput ditemukan di kolam terbiar - Utusan Malaysia

Mayat bayi reput ditemukan di kolam terbiar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEAUFORT – Seorang mayat bayi lelaki yang disangkakan sebuah patung ditemui dalam keadaan reput di sebuah kolam berdekatan Kampung Binsuluk Membakut di sini semalam.

Bayi malang yang cukup sifat itu ditemui dalam keadaan terapung oleh seorang penduduk tempatan ketika memberhentikan kenderaan di lokasi kejadian pada pukul 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd. Razak berkata, pemeriksaan terhadap bayi mendapati ia telah reput dan berbau serta masih mempunyai tali pusat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada pukul 12.45 tengah hari, polis menerima maklumat penemuan seorang bayi lelaki yang disangkakan pengadu sebagai patung di kawasan kolam terbiar. 

“Bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Kuala Penyu di sini untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Azmir, siasatan awal terhadap fizikal bayi berkenaan mendapati mangsa berkemungkinan berusia antara tiga hingga empat hari sebelum ditemui penduduk kampung pada Sabtu lalu.

Katanya, bayi berkenaan akan dipindahkan ke Jabatan Forensik di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu untuk proses bedah siasat.

“Polis sedang mengesan suspek untuk membantu siasatan berhubung kes pembuangan bayi ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini