MUMBAI 13 Okt. – Aktivis alam sekitar terkenal di India, G.D. Agarwal meninggal dunia selepas melancarkan mogok lapar selama 15 minggu kerana membantah sikap kerajaan yang tidak membersihkan Sungai Ganges. Para aktivis alam sekitar melahirkan rasa sedih terhadap kematian Agarwal yang memiliki ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang kejuruteraan alam sekitar dari Universiti California, Berkeley. Menurut salah seorang aktivis, Rakesh Jaiswal, kematian Agarwal bagaikan ‘menutup salah satu suara kritikan’ terhadap kerajaan berhubung pencemaran sungai terbabit. “Beliau adalah tokoh yang paling menonjol dalam perjuangan ini,” katanya. Sungai Ganges yang dianggap suci…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya