Maut dirempuh ketika lintas jalan - Utusan Malaysia

Maut dirempuh ketika lintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA – Seorang wani­ta yang merupakan kakitangan Te­lekom Malaysia (TM) maut selepas dirempuh sebuah kenderaan ketika sedang melintas jalan dalam kejadian langgar lari di hadapan bangunan kedai di Shaftsbury Cyberjaya di sini kelmarin.

Kejadian menyayat hati yang berlaku kira-kira pukul 7.34 malam itu menyebabkan mangsa, Wan Amirah Wan Alias, 31, yang bertugas sebagai Penolong Pengurus GTM Events Sales me­ngalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 4 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan melibatkan lima buah ken­deraan dan seorang pejalan kaki.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada sebuah kereta Hyundai dipandu seorang lelaki tidak dikenali yang te­lah me­langgar bahagian belakang sebuah kereta jenis Proton di tempat letak kereta di hadapan blok ba­ngunan kedai ter­sebut.

“Pemandu kereta itu kemudian menghalakan keretanya ke kiri jalan dan me­langgar tiga buah kenderaan lain di kawasan parkir.

“Mangsa pula ketika itu sedang melintas jalan sebelum dirempuh oleh kereta Hyundai berkenaan,” kata­nya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN