BURIRAM, Thailand 6 Okt. – Pendahulu kejuaraan dunia MotoGP, Marc Marquez terpaksa bertungkus lumus untuk meraih petak pertama dalam Grand Prix Motosikal Thailand, esok sebelum mengatasi Valentino Rossi. Pelumba Honda dari Sepanyol itu terpaksa beraksi dalam kelayakan pertama selepas terbabit kemalangan sewaktu sesi latihan bebas ketiga di sebelah pagi yang menyebabkan dia jatuh ke tangga ke-11 berdasarkan catatan masa keseluruhan yang dilakukannya. Bagaimanapun selepas berjaya melepasi halangan kelayakan pertama, Marquez…










