Salam ceria buat semua pembaca budiman. Kita bertemu kembali di dalam ruangan Genius Corner minggu ini, bersama latihan iOS Swift bahagian ke-11 . Pada latihan kali ini, kita akan membina aplikasi yang memaparkan peta seperti Google Map.
Dalam latihan ini, kita akan gunakan library MapKit bagi memaparkan peta berbanding Google Maps Services V3.
MapKit merupakan jawapan Apple kepada pemetaan Google Maps yang digunakan oleh pesaing utama mereka, Google Inc. Menggunakan library MapKit, aplikasi dan peranti Apple boleh memaparkan sendiri peta dunia menggunakan pelayan Internet milik sendiri.
Tanpa membuang masa, mari kita teruskan dengan latihan minggu ini.

Semakan
Menerusi latihan tadi, kita telah diperkenal dengan library MapKit. Library ini perlu digunakan secara berpasangan dengan library CoreLocation, dan beberapa permission perlu ditetapkan dalam fail Info.plist.
Bagi memudahkan latihan, kita telah memasukkan nilai Latitude dan Longitude secara terus di dalam kod atur cara. Nilai ini boleh juga ditetapkan secara dinamik menggunakan pangkalan data atau JSON.
Soalan
Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.
- Ubah nilai lokasi myLatitude dan myLongitude kepada lokasi anda sendiri.
- Ubah saiz MapView supaya memenuhi segenap ruang paparan skrin.
- Masukkan beberapa nilai Latitude dan Longitude menggunakan Array.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www. farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin.
Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!










