Manifestasi kematangan politik luar biasa - Utusan Malaysia

Manifestasi kematangan politik luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HARI ini, pengundi-pengundi di Port Dickson sekali lagi berpeluang memilih Ahli Parlimen yang baharu untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat.

Berdasarkan tinjauan yang dijalankan Utusan Malaysia sepanjang dua minggu tempoh berkempen, besar harapan pengundi agar sua­ra mereka diambil perhatian serius dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan konkrit oleh sesiapa sahaja yang bakal memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Apa yang penting bagi mereka adalah komitmen Ahli Parlimen Port Dickson yang baharu untuk menangani isu-isu yang amat dekat dengan mereka seperti kebersihan persekitaran, pengangkutan, peluang pekerjaan dan pembangunan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tidak kurang juga dengan komuniti perniagaan khusus­nya sektor perhotelan yang amat mengharapkan pantai peranginan yang terkenal di negara ini dimajukan agar setaraf dengan Langkawi.

Sesiapa sahaja calon yang menang mesti mengambil kira keperluan dan kehendak penduduk Port Dickson yang sekian lama mendambakan wakil rakyat yang benar-benar memahami apa yang mereka mahu.

Memang timbul sedikit rungutan berhubung dakwaan penyalahgunaan aset dan jentera kerajaan, namun secara keseluruhan, perjalanan PRK Parlimen Port Dickson berjalan lancar tanpa insiden provokasi antara semua pihak yang bertanding.

Suasana tenang sepanjang tempoh berkempen merupakan manifestasi kematangan luar biasa jentera semua parti dan calon-calon yang bertan­ding dalam menterjemahkan semangat keharmonian dalam berpolitik.

Terserah kepada pengundi di Port Dickson untuk membuat pilihan yang sangat pen­ting dalam menentukan siapakah yang paling layak menjadi wakil mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini