Mangsa Michael meningkat - Utusan Malaysia

Mangsa Michael meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PANAMA CITY 12 Okt. – Sekurang-kurangnya 12 orang disahkan terkorban ketika pasukan mencari dan me­nyelamat memulakan pen­ca­rian mangsa Taufan Mic­hael yang mungkin terselamat.

Di Pantai Mexico, rumah-rumah telah ‘dihempas’ dengan ombak besar yang dibawa oleh taufan berkenaan, banyak bot terbalik dan jalan raya dipenuhi dengan pokok tumbang serta kabel elektrik.

Gabenor Florida, Rick Scott berkata, taufan terbabit telah mencetuskan ‘kemusnahan yang sukar digambarkan’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata: “Banyak kehidupan berubah untuk selama-lamanya, banyak keluarga yang hilang segala-galanya.”

Scott berkata, pihaknya ketika ini mengutamakan usaha mencari mang­sa dalam kalangan penduduk tempatan yang gagal untuk berpindah ke tempat selamat.

“Saya begitu bimbang tentang nasib penduduk yang tidak berpindah dan saya cuma berharap tidak ramai yang ter­korban,” kata Scott kepada agensi berita ABC.

Sementara itu, Tentera Amerika Syarikat (AS) menyatakan 2,000 tentera Pengawal Kebangsaan Florida terlibat dalam operasi pemulihan.

Setakat ini, mangsa-mang­sa yang disahkan terkorban adalah di Gadsden County, Florida, di Georgia, Carolina Utara dan Virginia.

Pihak berkuasa Florida berkata, lebih 400,000 rumah dan premis perniagaan terputus bekalan elektrik dan Scott telah mengarahkan hampir 20,000 pekerja utiliti untuk memulihkan bekalan elektrik.

Dalam pada itu, Presiden AS, Donald Trump berikrar untuk membantu mangsa taufan ter­ba­bit.– AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini