Mangsa banjir Hilir Perak kekal 205 orang pagi ini - Utusan Malaysia

Mangsa banjir Hilir Perak kekal 205 orang pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan dan ditempatkan di dua pusat penempatan sementara (PPS) di daerah Hilir Perak kekal 205 orang daripada 57 keluarga setakat 10 pagi ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Hilir Perak, di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong membabitkan 171 mangsa daripada 48 keluarga dari tiga kampung iaitu Kampung Batu 9, Batu 8 dan Batu 7 Changkat Jong.

PPS Dewan Majlis Perbandaran Taman Desa Aman membabitkan 34 mangsa daripada sembilan keluarga dari Kampung Sri Jaya, Batu 7 Jalan Maharajalela.

Memuatkan artikel berkaitan…

Meskipun cuaca di daerah Hilir Perak sebelah pagi ini sedikit mendung namun dijangkakan ramai mangsa banjir akan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing ekoran paras air mulai surut.

Kejadian banjir di Hilir Perak mula dilaporkan melanda kawasan Changkat Jong kira-kira pukul 7 pagi Rabu akibat limpahan air Sungai Bidor susulan hujan lebat bermula sejak petang Selasa. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini