MANCHESTER 4 Okt. – Manchester City merahsiakan laluan yang bakal digunakan untuk ke Anfield, Ahad ini apabila menentang Liverpool dalam pertembungan paling mencuri tumpuan antara dua pasukan teratas Liga Perdana Inggeris. Selepas beberapa kali berbincang dengan Polis Merseyside, juara bertahan itu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak insiden diserang penyokong Reds musim lalu berulang. Pada April lalu, bas yang membawa anak-anak buah Pep Guardiola dibaling dengan botol, tin dan batu oleh…










