PUTRAJAYA 12 Okt. – Malaysia dipilih menjadi tuan rumah Persidangan Umum Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO) ke-14 pada 2021. Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan, pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah itu diumumkan oleh Ketua Pengarah ISESCO, Dr. Abdulaziz Othman Altwaijri pada Persidangan Umum ISESCO ke-13 yang berlangsung di Rabat, Maghribi semalam. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik yang turut menghadiri persidangan itu semalam merakamkan penghargaan di atas penghormatan yang…










