Malaysia Tigers sekadar di tempat ketiga - Utusan Malaysia

Malaysia Tigers sekadar di tempat ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Roelant Oltmans gembira menamatkan kempen Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2018 di tempat ketiga buat kali kelima berturut-turut sejak 2011 namun tetap akui ia bukan persembahan terbaik Malaysia Tigers dalam kejohanan di Muscat, Oman itu.

Skuad Malaysia Tigers menang ke atas Jepun dalam aksi penentuan tempat ketiga menerusi penentuan penalti shoot-out de­ngan keputusan 3-2 selepas seri 2-2 sepanjang 60 minit perlawanan.

Kata Oltmans, prestasi pasukan tidak begitu konsisten sepanjang kejohanan berkenaan termasuk dalam saingan klasifikasi tempat ketiga berkenaan.

“Dalam perlawanan hari ini terutama ketika suku keempat perlawanan kami sepatutnya berupaya menamatkan aksi dengan kemenangan dalam masa penuh tetapi sebaliknya apabila terpaksa bermain dalam aksi penentuan pe­nalti shoot-out.

“Prestasi kami masih belum cukup konsisten sepanjang kejohanan ini, namun ada banyak perkara positif dapat dibawa bersama dan secara jujurnya ini bukan aksi terbaik kami dalam kejohanan.

“Selepas ini pemain akan berehat sehingga hujung minggu ini sebelum memulakan latihan Program Fizikal dan bermula 5 November kita akan memulakan latihan seperti biasa,” kata Oltmans.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN