Malaysia tewaskan Jepun 3-0 - Utusan Malaysia

Malaysia tewaskan Jepun 3-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Skuad hoki Malaysian Tigers memulakan kempen Trofi Juara-Juara Asia 2018 dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Jepun 3-0 di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat Oman, awal pagi ini.

Kemenangan dalam saingan pertama liga sepusingan itu memberi petanda positif buat pasukan hoki negara yang dalam persediaan menghadapi Piala Dunia 2018 pada hujung bulan depan di India.

Dalam perlawanan tersebut, tiga gol Malaysia diperoleh menerusi Faizal Saari pada minit ketiga dan ke-51 manakala satu lagi dihadiahkan oleh Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit kesembilan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN