KUALA LUMPUR 10 Okt. – Kontinjen negara berada di landasan terbaik untuk mencapai sasaran 15 pingat emas dalam Sukan Para Asia 2018 apabila memenangi dua lagi emas pada hari kelima temasya itu berlangsung. Paling mencuri tumpuan ialah juara Paralimpik Rio, Ridzuan Puzi yang menambah satu lagi koleksi emas peribadinya menerusi acara 400 meter (m) T36 (cerebral palsy) dengan catatan masa 59.36 saat (s). Pingat perak dimenangi atlet Oman, Al Harrasi…










