KUALA LUMPUR – Malaysia adalah antara tiga negara anggota ASEAN utama yang dijangka menyumbang 75 peratus daripada bahagian pasaran bagi perkhidmatan keselamatan siber menjelang 2025, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo. Beliau berkata, berikutan peluang dalam bidang ekonomi digital yang pesat berkembang di samping pertumbuhan luar biasa industri keselamatan siber, kerajaan menyusun pelbagai strategi bersifat berpandangan jauh, termasuk terus melahirkan bakat berpendapatan tinggi bagi meningkatkan produktiviti negara. “(Strategi lain)…










