PUTRAJAYA – Pembinaan jambatan ketiga untuk menghubungkan Malaysia dan Singapura wajar dipertimbangkan bagi mempertingkatkan perhubungan dan mengurangkan kesesakan, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar hari ini. “Saya yakin kerajaan Singapura akan mempertimbangkan perkara ini demi keuntungan jangka panjang bersama kedua-dua buah negara,” katanya sebagai respons kepada minat ramai yang mahu cadangan projek jambatan bengkok dari Malaysia Singapura dihidupkan semula dan menambah kedua-dua negara kini amat memerlukan jambatan ketiga, bengkok ataupun sebaliknya. Xavier berkata, pada masa ini, mereka yang berulang-alik antara kedua-dua negara setiap hari tahu akan kesusahan yang perlu dilalui mereka yang perlu berbaris panjang dan menunggu lama untuk menyeberangi Tambak Johor…










