KUALA LUMPUR 7 Okt. – Kontinjen Para Asia negara meraih pingat pertama dalam kempen Sukan Para Asia 2018 di Jakarta menerusi pasukan badminton lelaki yang menamatkan perlawanan akhir di tempat kedua selepas tewas 1-2 kepada Indonesia di Stadium Istora Senayan hari ini manakala skuad olahraga tidak sabar mempamer kecemerlangan esok. Pencapaian skuad badminton berpasukan lelaki negara itu boleh dianggap membanggakan kerana sasaran mereka di Jakarta sekadar melangkah ke separuh akhir.…










