PUTRAJAYA 18 Okt. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan rakan sejawatnya dari Pakistan, Imran Khan hari ini saling bertukar pandangan dalam isu memerangi rasuah.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memberitahu, Imran menerusi satu panggilan telefon kepada Dr. Mahathir hari ini turut menyatakan hasrat untuk mengadakan lawatan ke Malaysia secepat mungkin.
“Dr. Mahathir berkata, beliau berbesar hati untuk menerima lawatan Imran itu kelak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Imran dikatakan menghubungi Perdana Menteri pada pukul 1.45 petang.
Pada Ogos lalu, ahli Parlimen Pakistan sebulat suara mengundi untuk memilih Imran yang juga merupakan bekas pemain kriket kebangsaan, sebagai Perdana Menteri baharu negara itu. – UTUSAN ONLINE









