JOHOR BAHRU 12 Okt. – Setelah mengharungi empat perlawanan yang mengecewakan, akhirnya skuad Malaysia berjaya memperoleh kemenangan pertama pada aksi terakhir pusingan awal menewaskan Jepun 1-0 di Stadium Hoki Taman Daya, di sini sebentar tadi. Penyerang, Muhajir Abd. Rauf muncul wira skuad remaja kebangsaan apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-58 menerusi gol padang. Malaysia perlu menunggu keputusan akhir perlawanan antara Australia dan New Zealand bagi mengetahui siapa lawan…










