LONDON – Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia akan mengadakan rundingan perdagangan dengan United Kingdom (UK) secara berasingan pasca Brexit. Beliau berkata, Malaysia berhasrat untuk meneruskan hubungan sama ada UK berada dalam Kesatuan Eropah (EU) atau tidak. “Apabila UK meninggalkan EU (Brexit) , kita akan berunding dengan UK sahaja. Bagi kita, apa yang penting ialah perdagangan dengan negara-negara ini,” kata beliau selepas menyampaikan syarahan mengenai Masa Depan…










