Majikan perlu ubah persepsi gemuk itu bodoh, kata graduan terbaik KLMUC - Utusan Malaysia

Majikan perlu ubah persepsi gemuk itu bodoh, kata graduan terbaik KLMUC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 13 Okt. – Segelintir majikan di Malaysia digesa untuk mengubah minda agar tidak melabelkan individu berat berlebihan sebagai pemalas, lembap dan bodoh.

Graduan terbaik Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC) bagi tahun 2018, Mohd. Fauzan Muhammade Rapitar berkata, terdapat segelintir majikan memandang rendah terhadap kebolehan individu berbadan besar sepertinya.

“Ada majikan mempunyai satu persepsi yang budak berbadan besar ini dia orang anggap sebagai tidak cekap, lembap dan malas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anda tidak boleh menilai seseorang dari segi luaran. Anda perlu kenal individu tersebut secara peribadi dan kemudian baru kamu boleh menilai dia,” tegas Mohd. Fauzan yang bagaimanapun memberitahu beliau amat disenangi oleh majikannya kini.

Mohd. Fauzan yang merupakan pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.93 menerima Anugerah Naib Canselor, hari ini.

Hadiah disampaikan oleh Naib Canselor KLMUC Prof. Madya Sharina Puteh pada Majlis Konvokesyen KLMUC ke-10.

Mohd. Fauzan yang berusia 31 tahun juga merupakan pelajar terbaik ketika menamatkan diploma pada usia 19 tahun dan ijazah pada usia 23 tahun dalam bidang dan institusi yang sama.

“Saya belajar. Kemudian berhenti kerja cari duit dan kemudian sambung belajar. Kejayaan hari ini saya dedikasikan kepada ibu bapa saya.

“Mak minta kami cuba majukan diri untuk membantu keluarga dan keluar daripada belengu kemiskinan. Saya pegang kepada pesanan emak,” kata Mohd. Fauzan yang ditemani ibunya, Suhaidah Asmat, 52.

Ibu Mohd. Fauzan merupakan seorang suri rumah manakala bapanya kini berjawatan penyelia di sebuah syarikat.

Anak sulung daripada lima beradik itu berkata, selain mendengar kata ibu bapa, menjaga solat juga membantu beliau menjadi siswa cemerlang.

Beliau memilih KLMUC kerana di institusi pengajian itu beliau bukan sekadar belajar teori tetapi juga pendedahan luas dalam bidang praktikal.

Malahan tenaga pengajar juga terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dalam induatri terbabit.

Selain Mohd. Fauzan turut menerima Anugerah Naib Canselor KLMUC adalag Mohamad Azmeer Sal Gufti (Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perakaunan) dan Nur Maahirah Abdul Raheem (Diploma Pengurusan Perniagaan). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini