PORT DICKSON 12 Okt. – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu melakukan yang terbaik untuk Port Dickson sekiranya diberikan mandat sebagai Ahli Parlimen di sini. Jelas calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson itu, beliau mahu menjadikan Port Dickson sebagai sebuah kawasan Parlimen yang terbaik di antara kawasan lain di seluruh negara. “Untuk Port Dickson, kawan-kawan boleh percaya sama saya, saya mahu buat yang terbaik…










