KUALA LUMPUR 16 Okt. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan supaya kad perakuan masuk Islam milik dua kanak-kanak yang dibawa oleh ibu mereka memeluk Islam, dibatalkan serta-merta. Hakim Datuk Azizah Nawawi dalam keputusannya juga memerintahkan supaya nama dua kanak-kanak lelaki dan perempuan masing-masing berusia 10 dan lima tahun dibatalkan daripada senarai daftar mualaf dengan serta-merta. Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan permohonan bapa mereka berusia 46 tahun yang beragama Buddha. Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan peguam Datuk Sulaiman Abdullah untuk menangguhkan keputusan tersebut bagi membolehkan pihaknya memfailkan rayuan ke…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya