KEMASYHURAN lagu duet malar segar dendangan pasangan ideal Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khadijah Ibrahim sejak 30 tahun lalu divisualkan secara gah di pentas berprestij Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada Sabtu lalu. Magis tiga dekad lagu ciptaan Ramli dengan penulis lirik Hartina Ahmad itu dipersembah pada konsert Doa Buat Kekasih 30th Anniversary Tour. Usai mengadakan persembahan yang ditonton oleh kira-kira 1,500 audiens yang memenuhi panggung itu, ternyata masing-masing menzahirkan kepuasan menikmati halwa telinga menerusi kualiti audio yang disajikan. Menampilkan persembahan bertenaga sepanjang konsert berdurasi hampir tiga jam itu, dua penyanyi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya