MENGAMBIL keputusan untuk menyambung pengajian dalam bidang kulinari bagi mengembangkan bakat ‘bekerja’ di dapur, perjalanan Syahirah Mohamad Kasim tidak semudah seperti dilihat sekarang. Bahkan, pada peringkat awal, bapanya tidak begitu menggalakkan kerana mahu dia menyambung pengajian dalam bidang farmasi kerana memikirkan masa depan yang lebih cerah berbanding kulinari. Saat itu, hatinya berbelah bahagi sama ada untuk meneruskan pengajian kulinari yang sudah mula serasi atau mengikut kata bapanya yang mahu melihat…










