LRT3 akan diteruskan, telan belanja RM16.6 bilion - Utusan Malaysia

LRT3 akan diteruskan, telan belanja RM16.6 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dengan belanja sebanyak RM16.6 bilion merangkumi kos pengambilan balik tanah, faedah semasa pembinaan dan kos-kos lain.

Malaysian Resources Corp Bhd. (MRCB) dalam satu kenyataan hari ini berkata, Prasarana Malaysia Bhd. telah memaklumkan kepada syarikat mengenai penerusan projek infrastruktur itu melalui surat kepada MRCB George Kent Sdn. Bhd., yang bertarikh 16 September. 

Katanya, pelaksanaan projek itu akan dimodelkan semula daripada Rakan Kongsi Penyampaian Projek (PDP) kepada rejim kontrak harga tetap.

“MRCB akan membuat satu pengumuman kepada Bursa Malaysia Securities jika terdapat sebarang perkembangan yang ketara berkaitan dengan projek tersebut,” katanya lagi.

Pada tahun 2015, pengendali projek LRT3, Prasarana Malaysia telah melantik MRCB dan George Kent (Malaysia) Bhd. sebagai PDP bagi LRT3 dengan bajet permulaan sebanyak RM9 bilion untuk kerja-kerja pembinaan dan RM1 bilion bagi pengambilalihan tanah. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN